Sejarah mencatatkan bahawa
antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang
digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di
bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia
yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada
kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Tetapi, penggunaannya
berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu,
dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya wang kertas adalah pada 1910.
Amerika Syarikat pada
tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department
(FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di
kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat.
Jabatan ini kemudiannya
mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak
wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari
ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia
untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi
kekayaan sebenar.
Apa itu FRB???
fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan
meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves
Requirement adalah
jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia,
syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit,
terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan,
bakinya boleh dipinjamkan.
Sebagai contoh mudah untuk
menambah kefahaman ianya begini;
katalah kita di sebuah negara
yang meletakkan 20% sebagai fractional
reserves requirement, lalu
halnya seperti di bawah:
John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000)
kepada Bank A.
Bank
A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.
Manakala
bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli
perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi
menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak
X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.
Apabila
Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot
yang dibelinya dari Encik Ali.
Encik
Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank
B.
Jumlah
USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan
20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada
pelanggan lain dengan interest juga.
Begitulah
pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga
Bank K.
Kesimpulannya,
setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia
mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest.
Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah
wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses
pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut
teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.
Bayangkan dengan
simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan
sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam
pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional
reserve banking system.
Berikutan
penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British
mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era
Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian.
Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan
Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus
mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia
besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woodsyang melibatkan 44
buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas
masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan
dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak
lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti
sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan,International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan.
Seterusnya pada 1971,
kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan
pembayaran yang berterusan.Tuntutan rasmi terhadap
rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas
yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika
punah. Berduyun-duyun bank pusat
negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar
Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan
sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik
bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika
Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral
untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971,
dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar
ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi
matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara
bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau
ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF.
Nilai yang dicetak di atas
wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa
pasaran (market forces). Ini bermakna
nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia
hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti
menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit
Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah
diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat
kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan
dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik
wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua
urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan
terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa
kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi
berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Zimbabwe adalah contoh kepercayaan terhadap duit fiat telah hilang
Sejarah membuktikan bahawa
dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu
wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan
cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia,
sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit
pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu
untuk membeli secawan beras.Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat
orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Sesetengah kerajaan
mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar
dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak
wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa
beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat
tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh
tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat
hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga
puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta
import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan
belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi
terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam
pendapatan.
Itulah serba sedikit tentang wang yang kita guna hari ini.......